Klik-kLIk sini

Tuesday, June 30, 2009

K.A.W.A.N

Kadang mereka dekat pada kita..
tika kita gembira..
mula jauh dari kita bila kita sedih merana..
namun masih ada yang datang tanpa diduga..
mencari teman dalam duka..
kita juga adalah kawan..
kita juga hanyalah teman..
kita juga kekal dalam persahabatan..
cuma hati lain kalaupun rambut sama hitam..
biarpun rapat tapi masih ada yang kelam..
dunia kita sama cuma masih banyak terpendam..
bila hadir luka akan ada yang muram..
kita faham tugas manusia..
saling bertegur saling berbicara..
naskah nasihat sering dilupa..
hanya beringat bila terkena..
dikau sahabat hanya melihat..
bila sahabat jauh tersesat..
dikau kawan hanya melawan..
bila kawan tidak sepadan..
dikau teman hanya taman..
bila bersuka engkau tempat permainan..
kini kita semakin jauh..
kau dan aku sudah berlabuh..
di daerah dewasa yang menuntut sauh..
sauh iman jadi bekalan..
lautan amalan jadi pautan..
bersama engkau aku kemudi..
layar ilmu yang pernah kubeli..
dari sistem makhluk duniawi..
kita hanya datang mencari..
habuan diri untuk akhirat nanti..
dalam matang kita sering teruji..
dengan sogokan yang memakan hati..
akhirnya jiwa tergadai mati..
kerana nafsu termakan budi..
kita hilang jati diri..
luluh lemas mangsa diri..
bukan kerana kawan sejati..
tapi hasil perbuatan sendiri..
teman, rakan juga kawan..
mereka semua datang kemudian pergi..
hanya tinggal hati yang sunyi..
terasa bagai bilik terkunci..

Lama gak aku tak lepak dengan kawan2 aku ni. Maklumlah masing2 sibuk dengan keja. Tapi harapnya di hari majlis pernikahan & persandingan aku nanti (insyaALLAH), mereka ada datang. Itu lah kawan, kita boleh tahu dan rasa erti persahabatan tu...

Nak mencari kawan yang ada bersama time susah senang memang payah. Tapi tak mustahil untuk ditemui. Dan kita juga kenalah tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kita dalam berkawan juga. Barulah saksama...

Ok lah, dah lewat ni. Nak tidur. Nanti ada khabar lain aku taip lagi ok? Daaa. Salam. Nite… Zzzzzz….

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails