Klik-kLIk sini

Showing posts with label mOraL. Show all posts
Showing posts with label mOraL. Show all posts

Friday, July 03, 2009

Bersediakah Aku, Anda Untuk Berumahtangga????


Ini adalah bajet rekaan semata-mata, just tuk renungan bersama!! mak aih!!!!! ni yang buat aku takut kahwin…….aduh…..duit dimana kau duit..hehe (bertambah-tambah sakitla URAT BELIKAT tunang aku.....hehehe)

Bersediakah Aku, Anda Untuk Berumahtangga????

Ini adalah dari sudut pemahaman aku sendiri dari buku-buku yang aku baca masa aku sunyi, sepi pabila tiba masa nk tido....

Aku mungkin telah bertemu dengan pasangan yang aku cintai. Tetapi masalahnya aku masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan & pertunangan ini ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu, takut untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Aku harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai lagi kawan-kawan aku yang masih belum berani berkahwin walaupun mereka telah bertahun-tahun bercinta.(tp aku len ekk, aku dh bertunang pun!)

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda semua (tp mmg aku sengaja menakut2kan pun..hikhik, jgn mrh ekk) yang masih bujang & separuh bujang macam aku tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika aku, anda sudah yakin dengan pilihan masing-masing, tunggu apa lagi? Let's go kahwin saja! Macam kata pengacara rancangan BOLOS (Zizan-BERSEDIAKAH @ TIDAK, KITA BOLOS SAJA DINDING ITU......hehehe)

Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri sendiri, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat di pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat itu sehingga benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi
Harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan masing-masing.

Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana sahaja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan. Oleh sebab itu, lebih baik jika selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan kita. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai kebahagiaan. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika melafazkan akad, harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan kelak di belakang hari.

Sedia menerima malu
Masing-masing tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangannya di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik.Tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

Tuesday, June 23, 2009

f-u-t-u-r-e

a new day…
the future full of promise..
now that my family knew all of my secrets..
i felt free..
like i could do anything..
even while facing the future..
i knew there were some lessons from the past that worth remembering..

the future were still wide open..
and my choices still seem limitless..

mom was right..
i could do whatever i wanted..
i have spend my life figuring out who i was..
and now..
is my chance to figure out who i could become..

Monday, June 22, 2009

iMpiaN

Kalau seorang lelaki mengendahkan cinta seorang perempuan..kerana mengejar impiannya atau sebab yang lain....adakah dia akan rasa menyesal?

hmm..sepatutnya dia rasa menyesal..kerana..terlalu banyak perkara yang sudah dikesalkan dalam hidup ini..dan melepaskan cinta seorang gadis yang menyintainya..adalah satu kesalan juga..

semua orang mencari dan ingin merasai dan memiliki cinta yang dia buang..hargailah cinta yang kamu miliki..dan

mendapat anugerah dicintai..dan disayangi..bukan nikmat yang mudah didapati..

Sunday, June 07, 2009

kembali-aku-memblogkan-diri (update)

hmmm.....Update..update..update..

Dah lama rupanya aku tak update..seminggu lebih..nasib kamu la blog..hehehe..(sbnrnya belum sampai mood nak update..tp dah kena bambu habis-habisan dgn cik abg syg..tak larat la nak dengaq..so update je la..)

kala ini agak kelu..karangan malam ini..masih mencari-cari hidangan untuk dikongsi..hampir seminggu sunyi..menyepi..meninggalkan blog ini..usang dimamah kelajuan masa..

hehe.. wah dah bersawang, berdebu giler blog aku ni kan!! ya allah fiza napa kau malas sgt ni.....huhuhu....wake up fiza!! WAKE UP!!!



Saturday, May 23, 2009

DoLu Len, SeKaRaNg Len

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata
Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do.....
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

MORAL OF THE STORY
SEBELUM DAPAT..SEMUA NYER MANIS, SEMUA NYER ELOK..

DAH DAPAT..ADA JER YANG TAK KENA, ADA JER YANG JELEK..
DAH HILANG NANTI..BARU NAK MENYESAL..BARU LA NAK MENCARIK..

JADI..JAGALAH APA YANG ADA DEPAN MATA KORANG TU YAKNI KELUARGA, KENGKAWAN, KEKASIH, SUAMI ISTERIMALAH BINATANG PELIHARAAN SEKALIPUN..

Saturday, May 16, 2009

sELaMat HaRi gURu....

16hb Mei, 2009…
Hari ni hari guru..hari untuk menghargai pengorbanan seorang guru..hari untuk mengucapkan terima kasih pada insan-insan istimewa bernama guru..tapi..wajarkah bagi seorang anak murid hanya menghargai guru pada hari ini..pada tarikh ini sahaja?teringaT aku akan satu hadith dari Rasulullah s.a.w. Daripada Nu’man bin Basyir, r.a katanya. baginda bersabda:
"Sesiapa yang tidak bersyukur akan sesuatu (nikmat) yang sedikit bermakna ia tidak bersyukur akan sesuatu (nikmat) yang banyak dan sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang berbudi kepadanya) bermakna ia tidak bersyukur kepada Allah: dan (ingatlah) bahawa menyebut-nyebut akan ni’mat Allah bererti bersyukur (kepada-Nya) dan melupakannya bererti mengkufuri ni’mat Allah; dan (ingatlah lagi) bahawa bersatu padu (sesama umat Islam) membawa kepada rahmat dan berpecah belah membawa azab sengsara."

Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad.
dalam hadith ini Rasulullah ada menegaskan "sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang berbudi kepadanya) bermakna ia tidak bersyukur kepada Allah"..maka guru adalah di kalangan manusia yang banyak budinya kepada kita..daripada 60 tahun hidup kita..mungkin 5 tahun kita habiskan bersama guru di peringkat menengah..6 tahun di peringkat rendah…malahan 4 tahun di peringkat tinggi..terlalu banyak insan-insan yang patut kita ingati dan kita berterima kasih..60 tahun..hmmm…15 tahun dari umur kita..telah ada begitu ramai insan bernama guru menabur budi pada kita..yang menjadikan kita manusia berbaki 40 tahun itu..siapa kita selepas itu adalah dari didikan yang kita terima..bagaimana kita melalui hidup kita berdasarkan ilmu-ilmu yg kita pelajari dari guru-guru kita..
setiap hari adalah hari guru..kita amalkan ilmu yg guru-guru kita ajarkan setiap hari..kita manfaatkan ilmu-ilmu yang ditimba setiap hari..kita bercakap dengan ilmu-imu yang kita ambil dari guru-guru yang mengajar kita mengenal huruf..mengenal bahasa..mengenal bicara..terlalu besar budi guru..tetapi terlalu kecil ingatan kita pada mereka..
sesuai dengan sabda Nabi tadi "dan (ingatlah) bahawa menyebut-nyebut akan ni’mat Allah berertibersyukur (kepada-Nya) dan melupakannya bererti mengkufuri ni’mat Allah" apabila kita menyebut akan budi..sudah cukup untuk kita mensyukuri nikmat itu..guru bukan lagi lilin..yg membakar diri untuk anak bangsa..tapi guru ibarat matahari..yang cahayanya kekal menyuluhi jalan anak muridnya..memancarkan cahaya di bumi ilmu..lilin sampai masa pasti padam..matahari kekal menerangi kita..membias cahaya tanpa meminta balasan..sekadar cukup kita mensyukuri..apa yg diberi..

pada mu guru-guruku..dari sekolah rendah..menengah..pensyarah-pensyarahku dari kolej ..anda semua adalah insan yang membentuk ku..menjadikan aku..siapa aku hari ini dan esok..ilmu mu..aku mohon restu dan redha..kerana dengan redhamu memberkati ilmu yang aku kutip darimu.. kEpAdA kAK NiNi, Abg LaN & Kak sHiMa aku ucapkan "SeLaMat HaRi gURu"..


SELAMAT HARI GURU…TERIMA KASIH CIKGU…
Related Posts with Thumbnails