Klik-kLIk sini

Tuesday, June 30, 2009

K.A.W.A.N

Kadang mereka dekat pada kita..
tika kita gembira..
mula jauh dari kita bila kita sedih merana..
namun masih ada yang datang tanpa diduga..
mencari teman dalam duka..
kita juga adalah kawan..
kita juga hanyalah teman..
kita juga kekal dalam persahabatan..
cuma hati lain kalaupun rambut sama hitam..
biarpun rapat tapi masih ada yang kelam..
dunia kita sama cuma masih banyak terpendam..
bila hadir luka akan ada yang muram..
kita faham tugas manusia..
saling bertegur saling berbicara..
naskah nasihat sering dilupa..
hanya beringat bila terkena..
dikau sahabat hanya melihat..
bila sahabat jauh tersesat..
dikau kawan hanya melawan..
bila kawan tidak sepadan..
dikau teman hanya taman..
bila bersuka engkau tempat permainan..
kini kita semakin jauh..
kau dan aku sudah berlabuh..
di daerah dewasa yang menuntut sauh..
sauh iman jadi bekalan..
lautan amalan jadi pautan..
bersama engkau aku kemudi..
layar ilmu yang pernah kubeli..
dari sistem makhluk duniawi..
kita hanya datang mencari..
habuan diri untuk akhirat nanti..
dalam matang kita sering teruji..
dengan sogokan yang memakan hati..
akhirnya jiwa tergadai mati..
kerana nafsu termakan budi..
kita hilang jati diri..
luluh lemas mangsa diri..
bukan kerana kawan sejati..
tapi hasil perbuatan sendiri..
teman, rakan juga kawan..
mereka semua datang kemudian pergi..
hanya tinggal hati yang sunyi..
terasa bagai bilik terkunci..

Lama gak aku tak lepak dengan kawan2 aku ni. Maklumlah masing2 sibuk dengan keja. Tapi harapnya di hari majlis pernikahan & persandingan aku nanti (insyaALLAH), mereka ada datang. Itu lah kawan, kita boleh tahu dan rasa erti persahabatan tu...

Nak mencari kawan yang ada bersama time susah senang memang payah. Tapi tak mustahil untuk ditemui. Dan kita juga kenalah tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kita dalam berkawan juga. Barulah saksama...

Ok lah, dah lewat ni. Nak tidur. Nanti ada khabar lain aku taip lagi ok? Daaa. Salam. Nite… Zzzzzz….

aPi & Air

Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawadhu’ kepada Allah, maka Allah akan menaikkan darjatnya. (Sahih Muslim)

aku masih merenunug hadith di atas, mencari-cari kata-kata untuk ditulis dalam perenggan ini..tapi aku ketandusan madah..kepala seakan belum bersedia berbicara..masih mencari sesuatu..kekuatan untuk menulis..tapi hadis di atas amat penting pada aku..

aku masih memerhatikan baris-baris hadith di atas..sedekah tidak mengurangkan harta..ibarat senyum..tidak akan menyakitkan muka kalau kita senyum..cuma senyum sedekah paling murah..dengan senyuman boleh memberi lebih ketenangan dari sedikit harta yang kita beri..cuma manusia kadang kala takut untuk bersedekah walaupun senyuman..senyum akan mendekatkan kita pada kawan, merapatkan kita dengan orang ramai..tapi ramai yang masih kurang mesra dengan senyuman..aku sekadar memerhatikan sekelilingku..ini hanyalah pemerhatianku..baru balik dari ziarah blog seorang sahabat..yang tulisannya.."tak mo cakap apa-apa, nak senyum je..macam ni :-) "..tulisan yang simple..tapi bagi aku yang membacanya..tersenyum sendiri..walaupun tulisan..tapi hati kita pasti tersentuh..untuk turut senyum..pada yg keras hati..pastinya dah melenting.."apa la minah/mamat ni tulis!"…

aku memandang pada baris-baris hadith yang berikut..Sesiapa yang bersikap pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaan baginya..aku bkn yang jenis pandai marah..kadang-kadang dan malah aku jenis yang tak suka marah orang sebenarnya even reti marah orang cuma yala hati ni memberontak kuat bila ada kesalahan...tapi itu belum lagi menjadikan aku jenis yang boleh memaafkan orang..adik perempuan aku tu la paling best, sepanjang dia besar dengan aku..rasanya belum pernah lagi aku marah dia..manjakan lagi ada lah..pada aku..memaafkan orang adalah perkara yang paling sukar untuk kita manusia lakukan terhadap manusia lain..kerana selalunya apabila marah pada seseorang..dalam hati kita tersemat pelbagai rasa..benci, geram, bengang, mual, meluat pada orang yg kita marah..itulah hasil dari satu perasaan yang ada dalam jiwa kita..apabila apinya disuakan lagi dengan bara benci, maka makin meluap-luap perasaan lain pada yang kita marah..tapi Allah masih menyuruh kita maafkan orang itu..walau sebenci mana pun kita pada dia..itulah yang menyukarkan kita sebagai manusia untuk melakukan sesuatu yang susah untuk kita lakukan…MEMAAFKAN ORANG LAIN..nabi berpesan..sebelum tidur..maafkan semua orang yang kita kenal..malah kita dituntut memohon maaf pada ibubapa sebelum kita tidur..nampak mudah..tapi itulah meditasi terbaik untuk memulakan hidup sebagai seorang pemaaf..apabila kita biasa memaafkan orang..maka kita mudah untuk memaafkan orang ramai..kenapa sebelum tidur?

mengikut pendapat Dato’ Fadhilah Kamsah dan beberapa tokoh perubatan, agama yang lain..tidur merupakan satu mekanisma untuk merehatkan jiwa kita..menenangkan tubuh badan kita, urat-urat dan saraf badan kita..malah apabila kita marah..tidur menjadi ubat yang mujarab! apabila kita berniat memafkan orang lain sebelum tidur..maka dalam tidur kita..perkara yang kita niatkan akan bermain dalam minda bawah sedar kita..menyatukan niat dan minda kita..menghasilkan ketenangan pada jiwa dan apabila kita bangun..minda sedar kita akan terasa segar dan tenang..rasional tidur dapat kita simpulkan sebagai alat untuk meneutralkan negatif dan positif dalam badan..jadi teruslah kita memafkan orang..bermula sebelum tidur nanti..dan jangan lupa doakan kesejahteraan orang yang kita marah kerana bila kita maafkan orang itu, dan kemudian mendoakan kesejahteraannya..kita telah mengangkat darjat kita kepada yang lebih baik..di situlah janji Allah untuk menambahkan kemuliaan bagi kita..

Dan sesiapa yang bersikap tawadhu’ kepada Allah, maka Allah akan menaikkan darjatnya..teringat aku ketika aku kecil dulu..masa zaman sekolah arab dulu..ustazah ada berkata..sesiapa yang berjalan di dunia dengan dada yang mendepa..kain yang labuh, dia tu orang yang sombong..wahh..takut juga aku masa dengar apa ustazah cakap..bila dah besar ni..jumpa hadith yang menyokong kata-kata ustazah..baru kita tau di mana kedudukan kita..dada yang mendepa tu bukan lah maksud sapa yang badan "tough" tu semuanya sombong..hehehe..tak la jugak..tapi maksud tersiratnya..dalam keadaan yang bangga..maka dia dah jadi orang yang sombong..tawadhu’ yang Allah maksudkan pula bukan lah berjalan sampai mengadap lantai..itu juga salah..tapi tawahu’ adalah bila kita malu, segan, redha, syukur dengan nikmat yang Allah berikan..malu untuk meminta lebih, segan untuk menunjuk, redha dengan rezeki yang ada..syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan..maka sifat-sifat inilah yang menaikkan darjat kita..

pemarah lawannya pemaaf..sombong lawannya..tawadhu’..hadith ini mudah untuk kita hadamkan..malah pada yang tiada base agama sekalipun..sekali baca hadith ini sudah cukup untuk faham pesanan Rasulullah..cuma yang kita kesalkan..orang-orang awam..mungkin mereka membaca Al-quran..tapi adakah mereka memahami intipati maksud setiap bicara kalamullah..juga mereka kurang terdedah pada pemahaman hadith-hadith nabi..hadith 40 mungkin mereka dapat pendedahannya dari majlis-majlis ilmu di rumah-rumah Allah..bagi yang menghadiri majlis, pada yang masih terkapai di luar sana..harus kita faham..tugas sebagai da’ei bukan sahaja di luar sana..malah ruang cyber ini..jika dapat kita nukilkan sesuatu..memandu umat pada jalan Allah..sudah tersedia ruang pahala pada kita..jadi pada yang membaca tulisan kali ini..sama-sama kita membawa sahabat-sahabat yang memerlukan bantuan dari sudut panduan kepada kebaikan bersama..saya tau ramai di kalangan sahabat saya mempunyai ilmu agama yang kukuh..saya juga masih kurang ilmunya..tolonglah peringatkan saya..bersama-sama kita saling ingat-meningati..

hari ni..saya terlebih rehat..terlajak tidur..bila bangun..terus tatap hadith ni..itu yang tergerak hati ingin berkongsi..lagipun..kita ni tak dapat lari dari memberi nasihat..dan memerlukan nasihat.. hehehe..

dah sampai penghujung bicara..maaf mengambil masa tuan-tuan,puan-puan semua (hehehe)...andai ada yang berpatutan untuk dinilai sebagai nasihat..terimalah dengan hati yang terbuka..jika ada terpesong dari amalan agama..perbetulkan tulisan saya..terima kasih..

p/s:mula-mula aku..kemudian saya..tu cara penulisan baru tu hehehe..dari keras kepada lembut..

Peace!!!!

Monday, June 29, 2009

Bosan....Bosan.....Bosan.....

Hari ni masuk ofis macam biasa........
aku ada keja yang perlu di selesaikan tapi aku rasa kebosanan yang teramat sangat dan mula rasa MALAS pun ada gak.....hmmm apa nak jadi dengan aku ni!!!!! wireless plak lembab giler macam siput sedut.. hampeh toi!! aku kebosanan lagi..mencari-cari idea untuk next entry..jammed otak aku..

hadoiii..

Friday, June 26, 2009

Aku.., Kau Berbeza.., Aku, Kau Istimewa

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN??

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA:
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,

2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :


1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :


1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia bersungguh-sungguh memberikan alasan untuk membela diri.

oRaNg BoDoH & OraNg PanDai

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)


Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeee eeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!

LeLaKi HenSeM vs LelaKi Tak HenSEM

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).. .

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan

perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

heheheheh.... jgn marah eh...

Keja-Keja-Keja

Yeah! Stay focus! Concentrate! Give the best! Good luck to me and everyone...!

Thursday, June 25, 2009

Entahla

malam ni....aku ‘ter’ayan lak..huhuhu....nak wat camna..takda cita dan papa dah nak layan....

ermm..so layan ja lah..dan kala ini..semestinya dalam kepala..aku memikirkan.bagaimanala?????..hari perkahwinan diri aku sendiri nanti..huhuhu..nak pk lebih-lebih..tak boleh..berangan jadinya (tunang aku mmg suka berangan-angan....mmg habit diala....hehehe!!!! opss!! sorry abg, jgn mrh ayg na) tapi aku memang kena pk hal ni..tak pk pun..tak boleh gak ..sebab dah tinggal bapa bulan ja lagi nak menghitung hari-hari bersejarah lagi bermakna...(wah ayat aku!!! bukan main lagi..hihik)....macam-macam benda aku pk ni..tambah pulak..semalam..masa sampai kat rumah balik dari keja aku ada dapat kad jemputan kenduri dari KUALA LUMPUR terbangnya (takdala nek flight kad tu, posmen la hantar...wakaka) ...kawan aku masa sekolah rendah & menengah dulu hantar tuk attend majlis kendurinya nnt di Kampung Baru, Pajak Song...pada 26hb. Julai, 2009 nnti (thank's a lot ya Yan).....tengok kad jemputan Yan bertambah-tambah laa..desakan hatiku..menghambat ke kepala..suruh pk hal my wedding....

hmm..apa pun..

belum sampai masa..so..pk tetap pk dengan perancangan yang bersarang, bersawang di kepala & aku harus teruskan hidup "membujang" & menjadi "tunangan orang" dulu..hehehe....yang kahwin..mereka dah selamat..yang belum lagi ni dan bakal macam aku kena la usahakan..merealisasikan..hari yang menjadi impian setiap insan.. AMIN....

huhu..aku..entahlah..

11.01 pm ....ai..camne ni..

Selamat-Hari-Bapa

entry khas..sempena tarikh 21hb.Mei, 2009

buat semua anak-anak..seperti aku..yang mempunyai ibu dan bapa (tapi aku dah tak ada bapa.....AL-FATIHAH)

sempena hari bapa yang jatuh pada bulan JUN ini..ada baiknya bermuhasabah diri mengimbas kembali apakah kita telah menjalankan peranan atau tanggungjawab yang sebenarnya terhadap orang tua..

semua mempunyai ibu dan bapa..yang menjadi punca lahirnya ke dunia ini..sama ada bapa atau ibu masih ada atau telah meninggal dunia..kewajipan anak terhadap keduanya tidak akan terhenti..

cuma bezanya..bagi yang telah pulang ke rahmatullah..perbanyakkanlah membaca Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk dihadiahkan kepada roh serta mendoakan kesejahteraan mereka..setiap kali usai mengerjakan solat..tiada harta yang lebih tinggi nilainya..selain doa anak yang soleh & solehah..(aku rindu ayah)

bagi yang masih mempunyai ayah dah ibu..kesempatan ini hendaklah diambil dengan sepenuhnya untuk berbakti kepada mereka..agar kita menjadi anak yang bahagia dan cemerlang di dunia dan aman sejahtera di akhirat kelak..(tp aku tak sempat berbakti pada ayah aku.....sedih dan teramat sedih sehingga kini)

pada aku..tanggungjawab kita masih besar..menjaga..membelai..dan bermanja seharusnya menjadi mainan kita sebagai anak..seperti kita..walaupun sudah membesar..mungkin sudah berkeluarga..tapi..hakikatnya kita masih lagi seorang anak..dan masih mempunyai insan-insan bernama ibu dan bapa..bermanjalah selagi mereka masih bernyawa..masih setia untuk mendengar masalah kita..masih sudi dirintih dengan masalah-masalah kita..masih menjadi pendengar yang setia..masih menjadi kawan yang tak akan meninggalkan kita walau sebesar mana pun kesilapan dan kesalahan kita..mereka tetap bersama kita..

aku sendiri..masih belum puas bermanja dengan mak aku..arwah ayah aku..kehidupan yang menuntut hidup untuk berbakti..seusia 13 tahun..sudah melangkah ke alam menengah..seusia 18 tahun..aku sudah melangkah keluar daerah untuk belajar..sehingga seusia 21 tahun hanya berapa bulan di tahun 2004 bersama..... aku dikejutkan dengan kehilangan orang yang banyak berkorban demi aku dan keluaraga.....Tanggal 21hb. Mei, 2004 orang yang selama ini ku panggil AYAH telah kembali "menghadapNya".....masa itu dan sampai sekarang aku mula berfikir dalam tahun-tahun sebelumnya dapat dikira masa aku bersama ayah..berapa jam sehari..dapat dikira..berapa minit aku bercakap dengan ayah..Sesungguhnya aku sentiasa mengingati arwah ayah serta mendoakan kesejahteraan ayah di sana....

untuk membalas 9 bulan 10 hari usia mak dan ayah aku membela dan membelai aku pun..rasanya..aku masih belum dapat membayar..harga dan nilai masa untuk seketika itu..apa lagi..membayar pengorbanan yang lain..

tulisan ini..hadiah khas buat arwah ayah aku..juga mak aku..moga ilmunya..dan pahala ini..berkatnya pergi kepada kedua mereka..ilmu dalam kepala ini..berkat dari keringat mereka..membesar..dan memastikan aku dilandasan ilmu yang betul..tersimpangnya aku..bukan kerana mereka..tapi kerana kelemahan jiwa aku sendiri..

sebagai seorang anak..ada empat kewajipan yang pasti..menjadi hak..dan bebanan sebagai anak yang harus kita laksanakan..taklifan ini..membebani kita sejurus kita mencapai usia mumaiyyiz..yang pertama..cinta terhadap mereka..

rasa cinta..memang telah wujud dalam jiwa dan sanubari kita..sebagai insan yang dikurniakan oleh Allah kepada anak terhadap orang tuanya..semakin membesar tubuh si anak..dan semakin bertambah akalnya..semakin besar pula perasaan cintanya..setelah anak menjadi dewasa..perasaan itu berubah menjadi kasih dan sayang..perasaan inilah menggerakkan kita bekerja demi kebahagiaan orang tua kita sebagaimana kita bekerja untuk kebahagiaan kita..

kedua..berterima kasih..sebagai anak..kita patut berterima kasih kepada mereka..memang budi ibu dan bapa terhadap kita tidak ada batas dan tak terhitung banyaknya..kerana merekalah yang menjadi penyebab adanya kita di muka bumi ini..mereka telah membesarkan..mendidik..memelihara..mengasihi..dan bekerja keras untuk kita..sebagai balasan jasa mereka..sekurang-kurangnya..kita patut bersyukur..dan berterima kasih kepada mereka..kita juga wajib membuktikannya dengan amal perbuatan..iaitu dengan bekerja keras untuk kebahagiaan mereka..dan meringankan beban kehidupan mereka..

rasa terima kasih dan keinginan membalas budi mereka..hendaklah lahir dari kesedaran diri..ikhlas..dan setulus hati..jangan sampai nanti terkeluar keluhan dan ungkit-mengungkit..sebaliknya..hendaklah dengan rela hati..dan penuh rasa kasih sayang..serta sabar..harus diingat..walau bagaimana sekalipun kita ingin membalas budi mereka..masih belum setanding ..dan setimpal dengan jasa-jasa mereka yang sebenar..

oleh itu..wajiblah kita berbakti sepenuh hati kepada mereka sebagaimana dianjurkan Allah s.w.t. dan sunnah Nabi s.a.w

"Tuhanmu telah memerintahkan janganlah kamu sembah melainkan Dia, dan berbaktilah kepada kedua orang tuamu, jika seorang antara keduanya telah tua atau kedua-duanya, janganlah engkau mengeluarkan perkataan yang kasar kepada keduanya dan jangan pula engkau mengherdik, dan hendaklah engkau ucapkan perkataan yang mulia (lemah lembut) kepada keduanya.
rendahkanlah sayanp kehinaan kerana cinta kepadanya, dan hendaklah engkau katakan (seringlah berdoa): Ya Allah ya Tuhanku, berilah rahmat kepada keduanya sebagaimana mereka telah mendidikku ketika aku masih kecil."

surah al-Isra’ : 23-24

"Kami telah pesankan kepada manusia supaya berbakti kepada kedua ibubapa. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya pula dengan susah payah."
surah al-Ahqaf : 15

Nabi bersabda:

"Sesungguhnya Allah memesankan kamu hendaklah berbakti kepada ibumu." diucapkannya sampai tiga kali..barulah kemudian baginda meneruskan:
"Sesungguhnya Allah memesankan agar berbakti kepada bapamu."

dalam hadith yang lain baginda bersabda:

"Berbakti kepada orang tua adalah lebih utama dari solat, sedekah, puasa, haji,umrah dan berjihad fisabilillah."

ketiga..taat dan berbakti kepada mereka..taat kepada kedua orang tua ialah dengan menunjukkan keikhlasan dan rasa cintanya..oleh itu..haruslah setiap dari kita..berbakti dengan patuh dan taat kepada kedua mereka..berlaku ikhlas baik secara terbuka mahupun tersembunyi..mengikut semua nasihat dan buah fikiran mereka yang tidak melanggar batas-batas agama..dan mempercayai bahawa taat kepada perintah dan larangan mereka menjadi punca kejayaan dan kemajuan..melakukan sebaliknya adalah menjadi punca musibah dan kemelaratan..kerana kedua mereka lebih banyak memakan asam garam hidup dan berpengalaman..

dan terakhir sekali..adalah menghormati mereka..memberi penghormatan kepada keduanya secara anak..sebagai anak..kita hendaklah menghormati orang tua kita dengan penuh sopan santun..baik dalam ucapan..mahupun dalam perbuatan..janganlah menggauli mereka seperti kita buat mereka macam teman atau kawan sebaya..

bila kedua mereka telah terlalu tua..hendaklah sanggup menanggung kemungkinan perilaku mereka yang menyalahi batas-batas akal..dan kesabaran..sambil berlaku lemah lembut dalam membimbing mereka ke jalan kebenaran..Rasulullah s.a.w bersabda:

"berbuat baiklah kepada orang tua kamu nescaya anak-anak kamu pun kelak akan berbuat baik pula terhadap kamu."

barang siapa yang dikurniakan Allah seorang anak yang baik lagi berbakti kepadanya..sesungguhnya dia telah mendapat satu nikmat yang sangat besar..di dunia dan pahala yang juga besar di akhirat..

wallahu’alam..

selamat menyambut hari bapa untuk arwah ayahku dan semua ayah di dunia ini!

Wednesday, June 24, 2009

KerJa

09.05 pm..

pulang dari dunia luar..menghadap dunia maya..

keluar dari dunia ini..bagai hilang sebahagian dunia..yang penting jangan dilupa dunia yang akan kekal di sana..

semua ini..fasa-fasa hidup yang akan kita lalui..pasti kita lalui..

jika hari ini kita marah..geram..benci..mereka yang lebih tua dari kita..yang mengongkong..yang memarahi..yang memberi nasihat pada kita..terasa diri memberontak..satu hari nnt..kita akan berada di tempat mereka..kita akan menasihati yang muda dari kita..dan..bagaimana kita rasa..jika yang muda nanti..akan memberontak pada kita..

aku..memberontak??hehehe..

jiwa muda biasala..(aku muda lagi ke???!!!!hehehe......) sekarang aku bukan memberontak dengan orang..

memberontak dengan diri sendiri jer..hehehe..tak kesian ke..tdo kadang terlebih..kadang tak cukup..kadang cukup-cukup..hehehe..

arini..banyak cerita sebenarnya..cuma rasa..macam..biarlah..hari yang dilalui..menjadi pengalaman hari ini..nak berkongsi..manisnya banyak..hehehe..tak kongsi..rasa mcm tak best lak..

yang penting..hari ini..aku lalui dengan gembira..enjoy life..

malas nak pening-pening dengan keja..

layan jer keja aku ni..

ok..nak rehat..papai.....

09.35 pm..

p/s:arini jumpa budak tomey lagi bnyk ckp..yang dah bapa ari aku tak jumpa..huhuhu..chik windu la kat JIHA....

Tuesday, June 23, 2009

ruang-rindu

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke hujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan selalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kuterima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

f-u-t-u-r-e

a new day…
the future full of promise..
now that my family knew all of my secrets..
i felt free..
like i could do anything..
even while facing the future..
i knew there were some lessons from the past that worth remembering..

the future were still wide open..
and my choices still seem limitless..

mom was right..
i could do whatever i wanted..
i have spend my life figuring out who i was..
and now..
is my chance to figure out who i could become..

Monday, June 22, 2009

iMpiaN

Kalau seorang lelaki mengendahkan cinta seorang perempuan..kerana mengejar impiannya atau sebab yang lain....adakah dia akan rasa menyesal?

hmm..sepatutnya dia rasa menyesal..kerana..terlalu banyak perkara yang sudah dikesalkan dalam hidup ini..dan melepaskan cinta seorang gadis yang menyintainya..adalah satu kesalan juga..

semua orang mencari dan ingin merasai dan memiliki cinta yang dia buang..hargailah cinta yang kamu miliki..dan

mendapat anugerah dicintai..dan disayangi..bukan nikmat yang mudah didapati..

Ter-meNung-

09:30 pm..

menongkah larut malam..jiwa ini kosong..sepi..dan sunyi..seharian cuti ini..dirasakan..seperti diisi tanpa tenaga..seawal pagi merencana agenda cuti..hampir semua..cuma angan belaka..kerana jiwa teguh mahu berehat..

tengahari meninggikan mataharinya..di rumah..aku bersantai di depan tv..bertukar saluran..pelik!!..semakin banyak saluran tv..semakin tak keruan aku hendak memilih saluran…akhirnya.....aku berjaya memilih saluran yang betul..tidur di depan tv..hahaha.....

mata dibuka..terus bangun mendapatkan telefon rumah yang berbunyi......tangan terus mengangkat gangang telefon di sudut dapur....panggilan dari tunang..mengejutkan telinga......aku melihat jam..usai menjawab panggilan..sudah 03.40ptg....cuti aku hari ini......diisi hanya dengan menghadap TV & tido setakat ini..

petang..saluran astro 105 prima siaran ulangan cerita "INTAN"memang menjadi ikutan aku..entah kenapa..selepas menonton drama pertama..seakan-akan aku menjadi peminat untuk mengikuti drama ini tanpa henti......sehingga perut sudah mula memberi isyarat lapar..rifa’..sudah tak tertahan..terus keluar mencari sesuatu..habuan perut..aku pula..mula mengesot..membuka laptop..teman internet.. rasa macam nak buka laman pizzahut..membuat pesanan secara online....tapi mana nak ada untuk kawasan rumah aku.....kampung la katakan!! memang seronok..order..tunggu..tup tup sampai la makanan didepan pintu rumah..alangkah canggihnya teknologi..membuat manusia bertambah malas untuk menghayati dunia di luar rumah..memang malas..(nasib baik la tak ada, kalu tak, dah lama aku order.hikhik.....) itulah yang dirasa..sepetang aku di rumah..

malam..hari semakin membosankan..akhirnya..tekad..aku perlu keluar juga..usai solat maghrib’ aku dan adik meneroka Pasaraya UME....sebuah pusat membeli belah yang tak sehebat Carrefour, JusCo.....yang lama dibuka..hanya berapa meter dari rumah kami..30 minit sudah cukup.....sekadar membelek harga..

malam ni..dan kala ini..aku usai melayan cerita BECHA USANG..jalan cerita hidup yang sedih dan daif...meruntun hatiku saat menonton bersama adik....menambat hati untuk aku tonton..di selang seli dengan Tiga (3) Abdul....menambah tawa di jiwa..

dan sekarang..mata ini..kiranya..sudah sedia untuk berlabuh..moga mimpi indah..datang membawa aku belayar..

0204..alif..yer..mim..buaya!

Friday, June 19, 2009

HoLiDaY to SaraWaK-Part 8-WiLdLiFe-CenTre-SeMeNggoH-












Thursday, June 18, 2009

HoLiDaY to SaraWaK-Part 7-TariaN-KeBuDaYaaN-SaRaWak-
















Wednesday, June 17, 2009

HoLiDay to SaraWaK - Part 6 - BiDaYuH HoUsE-











The hall for function.

Hall for function





HoLiDaY to SaraWaK - Part 5- uLu LoNgHouSe-






This painted pole stands on the widest part of the porch, directly across from the quarters of the village chief. It depicts the Chief's family tree.

The corridor


A elaborate shield such as this one is for use by the village chief.













Orang Ulu, “up-river dwellers”, is a useful if vague term to describe the central Borneo people living in Sarawak. Accounting for 5.5% of the total population, the orang Ulu comprises the Penan, the Kayan and Kenyah, living in the middle and upper reaches of Sarawak's longest rivers, the Kelabit and Lun Bawang groups in the highlands proper. In the past, the orang Ulu were famous throughout the region as sword-smiths. They extracted iron from the ore found in their area, they forged it into excellent blades which they tempered in the cold mountain streams. Traditionally, an orang Ulu longhouse was built to last. Many of these people practise settled agriculture, and have developed rice field irrigation to a fine art. This makes the search for new farmlands unnecessary. The solid ironwood houses are designed to last for many generations

Related Posts with Thumbnails