Klik-kLIk sini

Friday, July 03, 2009

MASALAH??? LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!

masalah : orang yang bagus yang berlagak sombong dan tak sedar diri
bertambah masalah : bila tidak ada yang berani menegur dan membiarkannya

itulah antara masalah yang biasa kita lalui dan alami sepanjang mengharungi ranjau kehidupan. kenapa mesti aku buat tulisan tentang masalah ini? sebabnya aku & kawan baik aku (ops sorry, namanya bermula dgn huruf panggal N, E bkn nama sebenarnya...hehehe) mula merasa muak dan bosan bila bertemu dengan orang yang terlalu berlagak, bajet bagus, sombong dan tak sedar diri. adakah apabila DIA telah menjadi seorang yang bagus, bijak, hebat dan sebagainya, maka DIA boleh mengatakan, melakukan, menyuruh@mengajar apa sahaja la tanpa ada batasannya? lu pikir la sndiri!

seperti mana yang korang sedia maklum, aku bekerja dan menjinakkan diri ke dalam bidang Construction (Pembinaan) selama 7 tahun di syarikat kepunyaan keluargaku sendiri.. jadi banyak dah aku menimba ilmu di pejabat ni dari tangan kosong sehingga sebesar-besar masalah..aku bekerja di sini pun hanya ingin menolong perniagaan abang aku..lagipun dia dah tak ada sesapa nk diharapkan lagi melainkan aku sebagai adik kandungnya sendiri.. & hanya aku juga yang mempunyai minat serta kecenderungan yang sama dengan abang aku ni...dah banyak pengalaman yang aku timba di sini dan sumanya aku handle sendiri tanpa tunjuk ajar dari sapa-sapa sejak aku mula bekerja...sumanya aku wat keja sorang-sorang dulu...serius aku bagitau ONLY ONE WORK boleh dikatakan suma keja aku wat..bermula dari syarikat ni pemilikan tunggal kelas kecil (kelas D masa tu) sehingga ke tahap sekarang kelas B dan mampu mempunyai anak syarikat di bawahnya sendiri…dari kelas F hingga ke kelas C.....Segala rekod kerja, sistem operasinya (pengurusan) dan apa saja mengenai syarikat ni aku yang usaha sendiri....Sumanya berada di dalam genggaman aku...dan aku sendiri mengakui bahawa bebanan tanggungjawab yang diletakkan kat aku ni sesungguhnya amat berat aku nk wat, laksananakan untuk memastikan syarikat keluarga aku berada seperti sekarang dengan kedudukannya yg kukuh sebagai sebuah syarikat pembinaan (construction) yang agak popular di kawasan ni.....Hanya orang yang penah bekerja dengan aku SAHAJA yang memahami luahan hati ku ni......

tapi timbul satu masalah sejak 2 menjak ni, bila aku mula menjumpai seseorang (tak perlu dinyatakan di sini) pada aku, DIA sebagai orang yang pernah menjadi junior aku walaupun dia berpangkat besar dalam syarikat abang aku dan menjadi orang rujukan oleh staff di sini or staf abang aku yang di bawah kelolaan dia masa ada projek, projek berjalan (lebih senang aku ckp = SITE OFFICE) tapi tak perlulah nak berlagak sombong dengan aku…DIA pun kena sedar diri ckit pangkat yang DIA bangga-bangga sangat tu (kononnya MANAGING DIRECTOR tuk syarikat …… ….. (.) … …) sumanya hasil keja aku selama ni tau…kalu aku ni tak ada jangan harapla DIA boleh bubuh nama dia MANAGING DIRECTOR..DIA ni ibarat macam boleh aku cakap "BILA MAKE-UP LETAK FOUNDATION KAT MUKA BERLAYER-LAYER NAK BAGI CANTIK MUKA TU, LEBIH BAIK TAK PAYAH"...Berlagak sehingga tidak tahu nak menjaga hati orang, ibarat macan modal tu DIA dg Family DIA yang punya….Berlagak sehingga tak tahu menjaga adab dalam berbicara. inilah antara sebab kenapa sesebuah forum/blog dipandang serong oleh sesetengah pihak. kerana kekurangan ilmu “peradaban”.

Bagi aku ilmu itu tak akan menjadi berguna kalau kita takbur dan riak. jangan gunakan alasan menggunakan bahasa yang tidak beradab dan tidak beralas untuk membentuk semangat dan memberi cabaran. manusia dikurniakan akal dan perasaan, melayu terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, islam mahsyur dengan keramahan dan kemesraan. adakah diri itu sudah cukup hebat sehinggakan nilai2 murni jati diri insani diabaikan? tepuk dada tanya selera...lu pikir la sndiri!

sesungguhnya itu adalah pengalaman pertama dan cukup berharga buat aku. telah ku menegur, tapi aku pula yang diperkecil dan diperkotak-katikkan. hmm… andai itu jalan yang DIA pilih ku aku biarkan DIA dengan caranya yang bodoh sombong tu. pada aku, kalu kita ada segulung diploma ka, segulung ijazah ka, master sekalipun tapi kalu kita tak tahu apa-apa so kita janganla takbur, riak dengan ilmu, pangkat yang kita ada.

p/s : jangan salahkan aku jika aku bisa lebih pedas dalam berkata2. ingat lidah setajam pisau. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? lu pikir la sndiri!

aku capek... aku mahu berehat....aku mahu tidur.... esok ketemu lagi.... selamat malam....salam … daaa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails