Klik-kLIk sini

Friday, July 03, 2009

Bersediakah Aku, Anda Untuk Berumahtangga????


Ini adalah bajet rekaan semata-mata, just tuk renungan bersama!! mak aih!!!!! ni yang buat aku takut kahwin…….aduh…..duit dimana kau duit..hehe (bertambah-tambah sakitla URAT BELIKAT tunang aku.....hehehe)

Bersediakah Aku, Anda Untuk Berumahtangga????

Ini adalah dari sudut pemahaman aku sendiri dari buku-buku yang aku baca masa aku sunyi, sepi pabila tiba masa nk tido....

Aku mungkin telah bertemu dengan pasangan yang aku cintai. Tetapi masalahnya aku masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan & pertunangan ini ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu, takut untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Aku harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai lagi kawan-kawan aku yang masih belum berani berkahwin walaupun mereka telah bertahun-tahun bercinta.(tp aku len ekk, aku dh bertunang pun!)

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda semua (tp mmg aku sengaja menakut2kan pun..hikhik, jgn mrh ekk) yang masih bujang & separuh bujang macam aku tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika aku, anda sudah yakin dengan pilihan masing-masing, tunggu apa lagi? Let's go kahwin saja! Macam kata pengacara rancangan BOLOS (Zizan-BERSEDIAKAH @ TIDAK, KITA BOLOS SAJA DINDING ITU......hehehe)

Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri sendiri, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat di pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat itu sehingga benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi
Harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan masing-masing.

Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana sahaja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan. Oleh sebab itu, lebih baik jika selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan kita. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai kebahagiaan. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika melafazkan akad, harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan kelak di belakang hari.

Sedia menerima malu
Masing-masing tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangannya di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik.Tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails