1217 pm..
hmm…
kenapa..kita sering mencari kesilapan dan kesalahan lain dari mengakui kesilapan diri..dan kenapa..susah untuk memaafkan kesalahan diri sendiri..kalau pun susah untuk memafkan orang lain..
persoalan yang sukar selalu kita fikir..penyelesaian yang tak munasabah..pengakiran hidup yang gelap..masa depan yang sangat teruk..kesan yang selalunya jauh tersimpang dari hakikat hidup..dan semuanya adalah kerana tekanan dari masalah yang timbul..
kerana satu masalah..nafsu dan bisikan naluri yang halus menghenyak pemikiran..membuat segala jenis macam andaian..
mencari seribu jenis alasan..mencari seribu jenis kesan..
namun semuanya belum tentu berlaku..
kenapa mesti terlalu keras pada diriku..
mungkin kerana terlalu fikirkan masa depanku..
semalam dan beberapa malam lepas..persoalan-persoalan luar dari kawalan minda datang..melihat ada seseorang yang semakin sukar membuat keputusan..ada yang mencari pedoman untuk membuat keputusan..ada juga yang diserang ’sengal’ yang agak serius..mengeruhkan suasana yang sepatutnya gembira..
hanya kerana masalah..kita berdua seakan hilang arah..
aku akui..aku juga bermasalah..dan aku tak sepi dari pandangan negatif terhadap diri..memandang diri sehina mungkin..bila mana ada masalah yang mungkin jauh dari kemampuan untuk diselesaikan..
manusia tetap manusia..dan hamba tetap selamanya hamba..
penggantungan hidup..selamanya pada-Nya…
kenapa mesti menyimpan sejuta rasa..andai jiwa masih boleh berkongsi rasa..dengan Pencipta segala duka…
hmmmm…
1229 pm..
Leeyanarahman Chineese New Year Collection 2020
4 years ago
0 comments:
Post a Comment