Klik-kLIk sini

Thursday, September 30, 2010

Sekitar Majlis Cukur JambuL

Sekitar majlis kecil-kecilan cukur jambul anak saudara baru aku "NUR AISYAH NASUHA"..
Hihihihi.....tanpa membuang masa lagi silala layan picta-picta sekitar majlis cukur jambul "Nasuha" tersayang ;)

1. Barang-barang untuk cukur kepala
2. NASUHA sebelum di botakkan....

3. Proses membotakkan kepala bermula

4. hehehe.....dah separuh dah botak


5. Chak.....Nasuha dah botak la.....huhuhu

6. Berendoi


Wednesday, September 29, 2010

15 Tips Kembalikan MOOD Kerja Selepas Raya

Kembali bekerja selepas hari raya memang mencabar...Maklumla dah bercuti panjang..Keseronokan bersama keluarga dan sanak saudara masih terasa...Malas rasanya nak kembali ke rumah dan keesokannya ke tempat kerja...Memang susah nak dapatkan kembali semangat nak bekerja sebabnya mood raya masih ada..Bangun pagi aja dah liat semacam..Di tambah pulak suasana hari raya di pejabat jugak tak begitu menggalakkan untuk terus bekerja...Member-member pejabat jugak asyik bercerita pasai sambutan hari raya masing-masing..
Ni pun satu lagi halangan untuk mengembalikan semangat bekerja..MALAS rasanya nak buka fail-fail kerja yang sudah seminggu terbiar di atas meja, nak menaip lagila malas rasanya..Suma ni sebenarnya bukan alasan untuk malas kerja.. Bagi aku, MOOD sebenarnya datang drpd diri sendiri & boleh di kawal...cuma ia bergantung kepada bagaimana kita nak uruskannya..Kita jangan sesekali biarkan mood mempengaruhi kita sebaliknya kita perlu mengawalnya dgn sebaik mungkin...
So di sini aku nak bagi tip bagi mengembalikan semula mood kerja yang telah hilang selepas hari raya...Tips-tipsnya adalah seperti berikut ya kwn2 suma :-
  1. Tetapkan di minda kita bahawa hari ini adalah hari biasa, bukan hari raya, cuti @ sebagainya lagi...Kalau boleh jgn tengok kalendar...Jadi bila kita rasa ia adalah hari biasa & tak ada apa-apa perkara menarik yg berlaku, secara tak langsung kita akan fokus kpd kerja, kerja & kerja sahaja...
  2. Bayangkan hari itu hari pertama kita bekerja selepas kenaikan pangkat...Rasa tanggungjawab di beri tugasan baru membuatkan kita lebih keterujaan untuk lakukannya...Jika kita punya semangat sebegini pasti mood untuk bekerja akan kembali segar bugar & mana tau lebih bersemangat drpd sebelum ni..
  3. Elakkan drpd bercerita pasai raya, biskut raya @ mkn di hari raya ketika di pejabat...
  4. Bayangkan muka bos kita yg sedang menunggu kita hantar bahan @ fail yg sepatutnya disiapkan sebelum cuti raya..
  5. Jangan ke pejabat dgn memakai baju raya sebab ni secara tak langsung akan membuatkan kita kembalikan mood raya yang sudah berlalu...Pakai aja baju yg biasa kita pakai ke pejabat sebelum ni.
  6. Kalau boleh delete suma "SMS" ucapan raya yg kita terima drpd member-member @ sanak saudara kita...Kalau tak delete, kita akan sentiasa belek telefon..Satu lg kalau boleh tukarkan aja ringtone telefon lagu raya & gantikan dgn lagu biasa yg lain...
  7. MOOD ditentukan oleh ketinggian @ kerendahan fokus kerja seseorang terhadap kerja.Fokus pulak bergantung kpd matlamat kerja yg jelas...Andainya matlamat kerja kita jelas maka seluruh tumpuan & masa akan difokuskan kpd perkara2 yg mendekatkan kita kpd matlamat.
  8. Berbalik kpd tips no 7 td, bila matlamat dah jelas, kita akn mengurus & menyusun kerja dgn baik mengikut jadual yg telah ditetapkan..So mood kerja akan timbul
  9. Kita kebiasaannya di pengaruhi oleh emosi..ni yg membuatkan kita tak dpt menilai apa yg lebih penting..jgn pasai emosional pada suasana raya membuatkan kita rasa malas bekerja..Kerja juga penting & kena disiapkan sebab ia akn menyusahkan member2 sekerja & bos.....So kawal emosi
  10. Tetapkan di kotak fikiran kita bahawa hari raya bkn satu-satunya masa yg mengumpulkan suma sanak saudara dlm satu masa...
  11. Bayangkanlah kerja kita adalah sesuatu yg menyeronokkan & dah lama di tinggalkan..
  12. Jangan balik ke rumah kita di saat-saat akhir percutian..Elakkan balik sehari sebelum hari kerja..Kalau boleh balik 2@3 hari sebelum memulakan kerja..Ni secara tak langsung menghilangkan rasa letih perjalanan
  13. Siapkan segala keperluan untuk bekerja lebih awal macam baju & tudung...Jika sumanya disiapkan lebih awal, kita tak perlu lagi bangun awal-awal pagi
  14. Hubungi member-member sekerja yg lain & ajak masuk awal sambil breakfast sekali di pejabat...Ini akan dpt melupakan sebentar suasana hari raya
  15. Letakkan sasaran kerja yg kena disiapkan terlebih dahulu selepas cuti raya..Bila matlamat kerja dah ada, minda kita akan terus ke arah kerja & tak pikir perkara-perkara yg lain...

Fiza & ZaiNi is now 10month together

Pejam celik.....pejam celik hari ni dah genap 10 bulan kami hidup bersama.....
Time flies very fast...;)

29.11.09 - 29.09.10

FALL IN LOVED AFTER MARRIED, IS A MOST BEAUTIFUL RELATION ;)

May we have a colourful journey together....

FizaZaiNi

"BiCaRa C!nTa"

Presenting my new nephew baby

IT'S A GIRL ;)

NUR AISYAH NASUHA BINTI MOHAMAD FAIROS

Thursday, September 23, 2010

Congrats to my sista

Congrats to my sista & bro in law, cikgu Noor Aini & Cikgu Fairos
for their new born baby !!
i received new nephew on 21st. September, 2010 (TUESDAY)
my mum dapat cucu lagi....bila plak my turn xtahu la...xde rezeki lagi..huhuhu..
kali ni my mum dapat cucu girl lagi...jenuhla my mum nak menjaga kakak kesayanganku yang akan berpantang kat umah...my mum house akan jadi wad lah lepas ni.....
happy berconfinement buat my sista...huhuhu

Saturday, September 18, 2010

Syawal oh syawal

Entry end of September...banyak cikit isu pasal "hari raya"..harap-harap korang suma tak jemu lah yer untuk membaca cerita2 saya yang tak berapa semengah ni...hehehe..Al maklumla Pn.Fiza kan dah lama x update blog yang makin bersawang2 dah ni....so macam ni la jadinya...banyak benda yang nak di potpet-potpetkan....Syawal 2010 ni banyak sangat agendanya nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas..yela tahun-tahun sebelum ni zaman masih solo...banyak aktiviti berfamily & bersama kawan-kawan yang seangkatan...pergi jalan-jalan rumah member pun masih lagi berseorangan..lain pulak dengan raya tahun ni sebab saya dah mempunyai MR. LOVELY HUSBAND....jadi agendanya pun ber++++++++ la ckit kan..tambah2 pulak nak kena ziarah-menzirahi kedua-dua belah family...apa-apa pun raya tahun ni tersangatla fun...sangat happening ok!!..hehehe....harap tahun depan akan lagi meriah..InsyaALLAH, jika dipanjangkan umur.......;)

Wednesday, September 08, 2010

#S a l a m A i d i l f i t r i #

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
Buat para-para blogger semua yang mengenali saya, salam AIDILFITRI maaf zahir & batin saya ucapkan...andai kata ada tersalah kata, tersilap bicara & bahasa..ampun maaf di pinta..

Thursday, August 26, 2010

Bila nak shopping raya???

Bila nak shopping raya???? iyela.. puasa cuma tinggal lebih kurang 14 hari je lagi....Alhamdulillah jugak...aku masih tak tinggal puasa lagi..so, bila shopping raya nak bermula ni mula bermain-main di kepala otak...huhu...persediaan langsung tak ada lagi ni weh...sibuk dengan keja aja...cuma yang duk tempah sekarang ni biskut raya aja untuk rumah my mum dengan rumah mak mentua...baju raya aku langsung tak ada lagi...baju raya en. huzaini dah ada...dia nak pakai baju melayu masa akad nikah hari tu...okla..dah save satu perkara...dah tak payah susah2 aku nak membeli untuknya lagi...maybe this week cuti umum jumaat ni, aku akan menerjah ke mall yang berhampiran untuk bershopping serba sedikit...shopping baju raya untuk my mum, barang-barang aku & adik serta keperluan dapur untuk hari raya nanti....hati sangatla teruja & seronok ok!!! 1st time raya ni sebagai suami isteri...harap-harap raya ni akan memberi sinar baru dalam kehidupan kami sebagai sepasang suami isteri....

Saturday, June 05, 2010

NuffnaNg...oh...nuffnaNg....

Ohmaigod!! excited gler!!...jakunnya aku...terover excited macamlah pembelog yang lain tak penah ada akaun nuffnang ni...aku bukannya apa kawan2....belog aku ni ha tak da la SEHOT & SEHEBAT belog blogger-blogger yang lain....Sejaknya aku berdaftar dengan nuffnang dan setiap kali aku buka aku punya akaun nuffnang, pendapatan aku masih di tahap statik RM 0.25.....huhuhu sedih aku nengoknya....husband tercinta lak asyik gelakkan aku ja...gelak bersungguh-sungguh lak tu.....sakit hati rasa....so dari hari tu aku decide dah xmau & malas nak jenguk-jenguk akaun nuffnang aku tu...sedih & sebak ja...yala sebab akaun aku macam tak aktif!!!....dahla ditambah plak dengan aku sendiri tak bapa nak pandai...senang cita kira bengong gak la aku ni nak letak benda alah header footer pemasangan iklan....dah abis 1000 kali daya usaha aku cuba...dan akhirnya kini aku berjaya jugak meletak benda alah tu....nak di jadikan cita entah macam mana entah minggu lepas tetiba ja tergerak hati ni gatai nak log in akaun nuffnang konon-konon nak cek pendapatan semasa la...tup-tup uuh hip-hip horey...tak sangka aku mempunyai pendapatan semasa rm 1.50...alhamdulillah syukran....rezeki gak tu...biarla orang di luar sana nak gelakkan aku jakun pun & maybe pendapatan nuffnang aku tak sebanyak pendapatan korang suma.....tima kasih gak kat blogger-blogger yang sudi nak klik-klik kat sebarang iklan yang dikeluarkan oleh nuffnang...jasa anda amatlah ku hargai.. :)

Friday, June 04, 2010

tHe Day, i turned to 27!!!!!





Sunday, May 09, 2010

Happy Mothers Day

Wishing all moms and moms-to-be, a very Happy Mothers Day. Have a great celebration with your loved ones! Please show some love, appreciation to your beloved mother, no matter how small it is, it will be priceless to them and they feel so grateful to have you as one of her son/daughter.

Thursday, April 29, 2010

Happy 5 Month Anniversary to US (29/11/09 - 29/04/10)

Happy 5 Month Anniversary to US. LOVE LOVE LOVE.

Our wishes and aim are:
1) More cash & savings for us untuk tempuh hari-hari yang mendatang & sewaktu dgnnya(kena tukar company lah jawabnya, hikhikhik)
2) Less quarrel and arguments
3) More Love
4) More Love
5) More Love
6) More Love
7) More Love

Thursday, March 11, 2010

***CuKup InDaH****

Nukilan rasa untuk orang yang TERSAYANG =P

Tak pernah aku jauh darimu....Meninggalkan cinta kita....Tak pernah aku melukai hatimu, perasaan dan jiwamu....Segalanya telah ku serahkan.....Hanya engkau terindah...Hanya kerna kau yang cukup indah untuk dimiliki dan untuk dicintai.....Ku tahu kau mahu ada di hati, untuk didampingi selalu untuk disayangi......Tiada yang lain selain dari dirimu kekal tinggi di hatiku.........Tiada pengganti yang mampu ku cari yang terbaik seperti dirimu....Cinta ini untuk dirimu........Rasa ini untukmu.......Hanya kerna kau yang cukup indah....Untuk dimiliki dan untuk dicintai

**********************************************************************

Tuesday, March 09, 2010

03 MONTHS ANNIVESSARY...

Sedar tak sedar, dah genap 3 bulan dah menjalani hidup berumahtangga.....owh aku masih tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri yang baik....masih banyak yang perlu dilakukan untuk suami tercinta....tapi diluar kemampuan....sebagai seorang manusia biasa, kita hanya mampu merancang dan berusaha selagi terdaya....banyak benda yang perlu aku belajar dari orang tua aku....Juga aku perlu bijak merancang masa depan bersama...Terlalu banyak resolusi kehidupan yang di inginkan selepas berkahwin ini......TARGET.....TarGET......TARGET...????? Target aku dan suami masih banyak yang belum tercapai....TAPI TIDAK MENGAPA...bukan mudah untuk mendapatkan apa yang di inginkan dalam sekelip mata....Aku dan suami bersyukur dengan apa yang telah di perolehi ketika ini....tetapi ada banyak perkara yang harus & perlu dilaksanakan dalam tempoh seberapa segera yang boleh........

1 Bulan Berkubur

Dah 1 bulan dah aku tak update blog aku ni.....dah bersawang-sawang dah...he3....bukan apa, aku lama x update blog disebabkan oleh perkara-perkara berikut :-

1. SEBAB MALAS

2. SEBAB SIBUK MEMANJANG DGN KEJA

3. SEBAB SIBUK DGN HAL-HAL PERIBADI


So, diharapkan mulai hari ini aku akan kembali rajin & mengrajinkan diri aku untuk mengupdate blog yang dah mulai bersarang sekian lamanya sampaikan "sahabat aku yang sorang tu" (he3) rindu merindu la sama blog aku ni.... Nasib baik blog aku ni tak berKUBUR terus....=P

Thursday, January 14, 2010

***RinDu + KeRaNa Ku Sayang Kamu***

Seandainya kau ada disini denganku....Mungkin ku tak sendiri....Bayanganmu yang selalu menemaniku....Hiasi malam sepiku....Kuingin bersama dirimu....Ku tak akan pernah berpaling darimu...Walau kini kau jauh dariku....Kan selalu kunanti....KeRaNa ku sayang kamu.....
Hati ini selalu memanggil namamu....dengarlah rintihanKu....Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku....Takkan pernah ada yang lain.....

Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang kurasa....sanggupkah terus terlena, tanpamu di sisiku...Ku kan selalu menantimu.....

Wednesday, January 13, 2010

45 hari SuDaH.......

Tak sangka..kejap aja masa berlalu...Pejam celik, pejam celik hari ni dah masuk 45 hari dah aku bergelar isteri kepada Muhammad Huzaini Hassan....Mudah-mudahan rezeki kami berdua makin bertambah-tambah…hehehe & juga dapat mengharungi saat-saat bahagia bersama..
to my lovely hubyy : may we have a colourful journey together!!! Love You so mucH ;)

Tuesday, January 12, 2010

Mana GaMBaR kaHwiN????

Dengan dua kali lafaz, saya telah sah menjadi isteri kepada MUHAMMAD HUZAINI BIN HASSAN...Tiada apa yang dapat saya gambarkan ketika itu melainkan rasa syukur kepada Illahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dan juga majlis saya berlangsung dengan lancar sekali...Mood ketika & saat ini masih busy yea kawan-kawanku semua...banyak sangat agenda yang berlangsung sebulan kebelakangan ini selepas majlis akad nikah & persandingan..yea saya tau..ramai yang sedang menanti gambar-gambar kawen saya...saya sendiri pun teruja untuk melihatnya....harap bersabar ya kawan-kawan....akan ku uploadkan kemudian.. ;) tunggu aja gambar-gambar dari fotografer & videographer saya
Related Posts with Thumbnails