Klik-kLIk sini

Wednesday, September 29, 2010

15 Tips Kembalikan MOOD Kerja Selepas Raya

Kembali bekerja selepas hari raya memang mencabar...Maklumla dah bercuti panjang..Keseronokan bersama keluarga dan sanak saudara masih terasa...Malas rasanya nak kembali ke rumah dan keesokannya ke tempat kerja...Memang susah nak dapatkan kembali semangat nak bekerja sebabnya mood raya masih ada..Bangun pagi aja dah liat semacam..Di tambah pulak suasana hari raya di pejabat jugak tak begitu menggalakkan untuk terus bekerja...Member-member pejabat jugak asyik bercerita pasai sambutan hari raya masing-masing..
Ni pun satu lagi halangan untuk mengembalikan semangat bekerja..MALAS rasanya nak buka fail-fail kerja yang sudah seminggu terbiar di atas meja, nak menaip lagila malas rasanya..Suma ni sebenarnya bukan alasan untuk malas kerja.. Bagi aku, MOOD sebenarnya datang drpd diri sendiri & boleh di kawal...cuma ia bergantung kepada bagaimana kita nak uruskannya..Kita jangan sesekali biarkan mood mempengaruhi kita sebaliknya kita perlu mengawalnya dgn sebaik mungkin...
So di sini aku nak bagi tip bagi mengembalikan semula mood kerja yang telah hilang selepas hari raya...Tips-tipsnya adalah seperti berikut ya kwn2 suma :-
  1. Tetapkan di minda kita bahawa hari ini adalah hari biasa, bukan hari raya, cuti @ sebagainya lagi...Kalau boleh jgn tengok kalendar...Jadi bila kita rasa ia adalah hari biasa & tak ada apa-apa perkara menarik yg berlaku, secara tak langsung kita akan fokus kpd kerja, kerja & kerja sahaja...
  2. Bayangkan hari itu hari pertama kita bekerja selepas kenaikan pangkat...Rasa tanggungjawab di beri tugasan baru membuatkan kita lebih keterujaan untuk lakukannya...Jika kita punya semangat sebegini pasti mood untuk bekerja akan kembali segar bugar & mana tau lebih bersemangat drpd sebelum ni..
  3. Elakkan drpd bercerita pasai raya, biskut raya @ mkn di hari raya ketika di pejabat...
  4. Bayangkan muka bos kita yg sedang menunggu kita hantar bahan @ fail yg sepatutnya disiapkan sebelum cuti raya..
  5. Jangan ke pejabat dgn memakai baju raya sebab ni secara tak langsung akan membuatkan kita kembalikan mood raya yang sudah berlalu...Pakai aja baju yg biasa kita pakai ke pejabat sebelum ni.
  6. Kalau boleh delete suma "SMS" ucapan raya yg kita terima drpd member-member @ sanak saudara kita...Kalau tak delete, kita akan sentiasa belek telefon..Satu lg kalau boleh tukarkan aja ringtone telefon lagu raya & gantikan dgn lagu biasa yg lain...
  7. MOOD ditentukan oleh ketinggian @ kerendahan fokus kerja seseorang terhadap kerja.Fokus pulak bergantung kpd matlamat kerja yg jelas...Andainya matlamat kerja kita jelas maka seluruh tumpuan & masa akan difokuskan kpd perkara2 yg mendekatkan kita kpd matlamat.
  8. Berbalik kpd tips no 7 td, bila matlamat dah jelas, kita akn mengurus & menyusun kerja dgn baik mengikut jadual yg telah ditetapkan..So mood kerja akan timbul
  9. Kita kebiasaannya di pengaruhi oleh emosi..ni yg membuatkan kita tak dpt menilai apa yg lebih penting..jgn pasai emosional pada suasana raya membuatkan kita rasa malas bekerja..Kerja juga penting & kena disiapkan sebab ia akn menyusahkan member2 sekerja & bos.....So kawal emosi
  10. Tetapkan di kotak fikiran kita bahawa hari raya bkn satu-satunya masa yg mengumpulkan suma sanak saudara dlm satu masa...
  11. Bayangkanlah kerja kita adalah sesuatu yg menyeronokkan & dah lama di tinggalkan..
  12. Jangan balik ke rumah kita di saat-saat akhir percutian..Elakkan balik sehari sebelum hari kerja..Kalau boleh balik 2@3 hari sebelum memulakan kerja..Ni secara tak langsung menghilangkan rasa letih perjalanan
  13. Siapkan segala keperluan untuk bekerja lebih awal macam baju & tudung...Jika sumanya disiapkan lebih awal, kita tak perlu lagi bangun awal-awal pagi
  14. Hubungi member-member sekerja yg lain & ajak masuk awal sambil breakfast sekali di pejabat...Ini akan dpt melupakan sebentar suasana hari raya
  15. Letakkan sasaran kerja yg kena disiapkan terlebih dahulu selepas cuti raya..Bila matlamat kerja dah ada, minda kita akan terus ke arah kerja & tak pikir perkara-perkara yg lain...

1 comments:

-anidaothman- said...

wahhh...resepi yg menarik...selain pd tip-tips nieh kalO nak menambahkan kerajinan miNOOmlaaa nESCAfe 3in 1 selalo...sure mood kembaLi ceria

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails