Klik-kLIk sini

Saturday, May 16, 2009

sELaMat HaRi gURu....

16hb Mei, 2009…
Hari ni hari guru..hari untuk menghargai pengorbanan seorang guru..hari untuk mengucapkan terima kasih pada insan-insan istimewa bernama guru..tapi..wajarkah bagi seorang anak murid hanya menghargai guru pada hari ini..pada tarikh ini sahaja?teringaT aku akan satu hadith dari Rasulullah s.a.w. Daripada Nu’man bin Basyir, r.a katanya. baginda bersabda:
"Sesiapa yang tidak bersyukur akan sesuatu (nikmat) yang sedikit bermakna ia tidak bersyukur akan sesuatu (nikmat) yang banyak dan sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang berbudi kepadanya) bermakna ia tidak bersyukur kepada Allah: dan (ingatlah) bahawa menyebut-nyebut akan ni’mat Allah bererti bersyukur (kepada-Nya) dan melupakannya bererti mengkufuri ni’mat Allah; dan (ingatlah lagi) bahawa bersatu padu (sesama umat Islam) membawa kepada rahmat dan berpecah belah membawa azab sengsara."

Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad.
dalam hadith ini Rasulullah ada menegaskan "sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang berbudi kepadanya) bermakna ia tidak bersyukur kepada Allah"..maka guru adalah di kalangan manusia yang banyak budinya kepada kita..daripada 60 tahun hidup kita..mungkin 5 tahun kita habiskan bersama guru di peringkat menengah..6 tahun di peringkat rendah…malahan 4 tahun di peringkat tinggi..terlalu banyak insan-insan yang patut kita ingati dan kita berterima kasih..60 tahun..hmmm…15 tahun dari umur kita..telah ada begitu ramai insan bernama guru menabur budi pada kita..yang menjadikan kita manusia berbaki 40 tahun itu..siapa kita selepas itu adalah dari didikan yang kita terima..bagaimana kita melalui hidup kita berdasarkan ilmu-ilmu yg kita pelajari dari guru-guru kita..
setiap hari adalah hari guru..kita amalkan ilmu yg guru-guru kita ajarkan setiap hari..kita manfaatkan ilmu-ilmu yang ditimba setiap hari..kita bercakap dengan ilmu-imu yang kita ambil dari guru-guru yang mengajar kita mengenal huruf..mengenal bahasa..mengenal bicara..terlalu besar budi guru..tetapi terlalu kecil ingatan kita pada mereka..
sesuai dengan sabda Nabi tadi "dan (ingatlah) bahawa menyebut-nyebut akan ni’mat Allah berertibersyukur (kepada-Nya) dan melupakannya bererti mengkufuri ni’mat Allah" apabila kita menyebut akan budi..sudah cukup untuk kita mensyukuri nikmat itu..guru bukan lagi lilin..yg membakar diri untuk anak bangsa..tapi guru ibarat matahari..yang cahayanya kekal menyuluhi jalan anak muridnya..memancarkan cahaya di bumi ilmu..lilin sampai masa pasti padam..matahari kekal menerangi kita..membias cahaya tanpa meminta balasan..sekadar cukup kita mensyukuri..apa yg diberi..

pada mu guru-guruku..dari sekolah rendah..menengah..pensyarah-pensyarahku dari kolej ..anda semua adalah insan yang membentuk ku..menjadikan aku..siapa aku hari ini dan esok..ilmu mu..aku mohon restu dan redha..kerana dengan redhamu memberkati ilmu yang aku kutip darimu.. kEpAdA kAK NiNi, Abg LaN & Kak sHiMa aku ucapkan "SeLaMat HaRi gURu"..


SELAMAT HARI GURU…TERIMA KASIH CIKGU…

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails