Klik-kLIk sini

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Fizazaini.blogspot.com (SyuRga C!nTa) wishing all viewers/readers, ''Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Mengerjakan Solat Sunat Terawih''..Marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa dan amalan-amalan lain di bulan Ramadhan sebaik & sebanyak yang kita termampu..Bulan Ramadhan sekolah pembangunan iman, pemantapan taqwa..Semoga sebulan ini menjadi arus didik dalam membentuk jiwa yang kuat..Semoga kita mendapat lebih keberkatan dan kemuliaan di bulan mulia ini..Berbelanjalah dengan berhemah ketika mengunjungi bazar Ramadhan, jangan diikutkan sangat hawa nafsu. hehehe. =)

P/S: Yang seronoknya bulan puasa ni ialah boleh balik keja awal..kul 4.30ptg dah boleh balik dah..Weeeee!!!!

Thursday, August 20, 2009

Complicated!!!!!!

12:05am..
Hampir seminggu aku tinggalkan blog..bukan sengaja..tapi agak malas nak ngadap seketika boleh tak?hehehe..

malam tadi dalam pukul 10:48mlm, aku ada dapat 1 mesej (CALL ME BACK) di no telefon aku yg lama (entah kenapa malam ni hati aku terdetik tuk ON kan no telefon ni,walhal dah lama aku tak ON kan) dari no seseorang yang cukup aku ingat tentang dirinya yang bermula huruf A.... bukan nama sebenar...bila aku baca ja mesej tu degan tiba-tiba ja aku rasa sangat gerammm, sakittt..pedihhh..sangat sakitttttt hati ni..terasa pedih bila kala ini.. aku tak suka rasa ni..aku tak mau rasa ni... sedihnya..sangat..sedih... tak best..aku tak suka.. rasa macam nak baling ja suma telefon yang aku ada lani kat dinding.. kenapa mesti rasa suma ni.. kenapa mesti ada rasa sakit ni..aku rasa tak suka..bukan benci..cuma rasa yang kurang selesa bila dapat papa kol@mesej dari DIA...
sungguh....napa DIA tak habis-habis nak mengganggu hidup aku??!!! KENAPA???!!!....aku tak penah pun ganggu hidup DIA...Dalam tahun ni saja, dah banyak kali jugak aku di cari olehNYA...KENAPA??!!! Bukankah sebelum ni DIA jugak yang melontarkan kata-kata nista kepada aku..macam-macam di tuduhNYA...so....KENAPA AKU DI CARI LAGI WAHAI A.... ?????!!!!!!!

kenapa dengan aku ni..kenapa perlu rasa macam ni....hati mula tidak tenang...YA ALLAH... & dalam pukul 11:46malam, aku terima lagi mesej dariNYA berbunyi (KALU KOL SAT BOLE DAK)...aku bertambah tidak tenang....kenapa harus aku yang kena kol dia plak!!!!....DIA kol la aku, kenapa aku pulak nak segala macam lagi dengan dia!!!!!
01:17 am..

Wednesday, August 12, 2009

My Bos Tak aDa HaRi Ni!

Yeay, hip hip hooraayyyyyyy! My boss is away to PUTRAJAYA today..Of course, I'm extremely happy when he's not around, despite the SHIT loads of work that he passed to me..hikhik...so macam kata puteri TV3 tu KITA ENJOY!!!!

KasiH*KekaSiH

Tak perlu aku ragui..,sucinya cinta yang kau beri..,kita saling kasih mengasihi..,dengan setulus hati.., ayah ibu merestui.,menyarung cincin di jari..,dengan Rahmat dari Ilahi..,cinta kita pun bersemi..
Sebelum diijabkabulkan..,Syariat tetap membataskan..,pelajari ilmu rumahtangga..,agar kita lebih bersedia..,menuju hari yang bahgia..
Kau tahu ku merinduimu..,ku tahu kau menyintaiku...bersabarlah Sayang..,saat indah kan menjelma jua.., kita akan disatukan..,dengan ikatan pernikahan...Oh..Kasih..di sana kita bina.., tugu cinta Mahligai Bahagia..

Semoga cinta kita..,di dalam Redha Ilahi..,berdoalah selalu moga jodoh berpanjangan...
AMIN

Tuesday, August 11, 2009

i'm aLmoSt DoNe My woRk foR tHe Day!!!

Yeayyy finally, my work is almost finish for the day! tapi ada lagi part keja-keja yang lain yang harus & wajib aku selesaikan.. Hari ni aku telah berjaya menyelesaikan satu keja yang pada aku, aku rasa teramat memeningkan kepala & memerlukan komitmen yang tinggi untuk menyelesaikannya untuk memastikan ia berada di tahap yang paling memuaskan hati untuk di nilai oleh pihak yang berkenaan nanti...Aku rasa lega sangaatttttttt sebab keja ni dah berjaya aku selesaikan kerana esok pagi MY BOS akan hantar ke PUTRAJAYA....Rasa lapang ja minda aku ni...Dah tak ada benda yang membuatkkan aku menjadi stressssss..Fresh ja otak aku..Hari ni aku tak sempat nak singgah ke blog (pg td sibuk menghabiskan keja, ptg td ni plak lepas office hour, aku sambung wat keja2 aku yang lain plak) sampai lah waktu aku nak balik umah dalam pukul 10:00mlm..Sibuk sangaaaaattttttttttttt aku rasa diri aku ni berbanding dengan staff yang lain..benci betulllll..mana taknya keja aku ni tak penahnya nak habis walaupun dah beribu2 dah keja aku wat...tapi ada ja la aku punya keja hari-hari...Esok pun aku dah tau yang aku akan sibuk jugak walaupun MY BOS tak ada...banyak sangat keja aku, tp harap-harap ada lah masa yang aku boleh curi-curi cikit untuk post new entry apa-apa kan.;P

YesteRdaY, i was BUSY!!!!

Ooooppppsssssssss, sorry!!!. Ingatkan semalam lepas balik dari keja dalam pukul 09:30mlm, aku nak update la blog aku ni, TAPI penatnye alahaaiiiii... Tak larat sangat rasanya. Dah la during the day (office hours), i was damn busy with my work. Banyakkkk sangat benda nak dihabiskan dalam satu hari semalam..busy sangat dengan keja & penattt...Takda mood ja rasanya, macam nak sakit pun ada jugak.. Padahal banyak ja benda yang nak aku citakan & luahkan dalam blog ni :P

Monday, August 10, 2009

SuPeR - DuPeR - BUSY

I'm on a SUPER DUPER BUSY mode now!!!

GeNap 3 BuLaN SuDaH

Hari ni tepat pukul 12:00 a.m melangkah tarikh 10hb. Aug. 2009 genaplah 3 bulan (10/05/09 -10/08/09) aku menjadi tunangan empunya diri Mr. MUHAMMAD HUZAINI..sedar tak sedar dah 3 bulan rupanya kami bertunang...pantas sungguh masa berlalu kan!!! so hari ni cuma tinggal "118 HARI" ja lagi menuju -KEMUNCAK CINTA-... aaarggghhh aku bertambah2 tension & down seketika....Mana taknya hantaran, kad suma belum di fikirkan lagi...hatiku kini tak tenang dek kerana satu peristiwa yang menguris hati & perasaanku...aku bagaikan sudah tiada semangat untuk berfikir....otak ku kini sudah menjadi BLUR...rasanya dah puas aku menangis & macam mahu menangis lagi kerana dek kesuntukan masa....ya Allah...ku berdoa mudah-mudahan sumanya berjalan lancar & tidak kelam kabut bila dah tiba masanya nanti....
AMIN....
Fieza on 10th. AugusT, 2009 (MonDaY) at 03:40am

Saturday, August 08, 2009

Aku DaLaM Dilema

Malam ni aku dapat msg dari tunang tersayang & 1 soalan telah di ajukan kepada aku...dan soalan itu aku rasa teramat sukar untuk aku membuat keputusan......
i am really in dilema now. Macam mana ni????? Waaaaaaaaaa.. i just don't know how to decide..
i have to discuss with my mum for me to make a better decision for my career, live path and enhancement.

Oh Tuhan....!!!!! Fikiran ku mula tidak tenang kembali.. Tolong!!!

Friday, August 07, 2009

PC Fair is back@PISA Penang

Hari ni dah start dah PC Fair. Gosssshhhhhh! Mesti ramai gila manusia kat PISA hari ni. hahaha.

Pikom Pc Fair
visit us from 07th. Aug - 09th. Aug,09
at Penang International Sports Arena (PISA), Penang.

Tuesday, August 04, 2009

My Celcom Broadband is down!

My Celcom broadband is still down from yesterday morning until today night (time2 sblm aku pegi keja tu, mmg aku akan online skjp)..Akan tetapi, tak tau lah bila agaknya akan ok. Senyap "gilerrr & mereng" aku rasa bila takda internet connection. =D
This kind of cases, dah terjadi byk kali dah kat my celcom broadband aku ni, setiap bulan mesti ada sekali yang akan terputus our connection to the net. Geram toi aku!!!! Kemungkinan besar, dorang nak sekat penggunaan unlimited yang aku guna tu. So, dorang pun saja ja sesuka hati, buat2 rosak the internet line from their side. Bloody hell!!! People pay for unlimited usage, just let people use it la, no matter how high is the usage la. Bukannya org tak bayar bill pun. Buat org ANGIN ja tau..!!!!!!
Will update the blog more when the my celcom broadband is back to normal. =)

Khas BuatMu Ibuku........

Ibu, bergenang air mataku terbayang wajahmu yang redup sayu..kudusnya kasih yang engkau hamparkan bagaikan laut yang tak bertepian..biarpun kepahitan telah engkau rasakan tak pula kau merasa jemu..mengasuh dan mendidik kami semua anakmu dari kecil hingga dewasa..hidupmu kau korbankan biarpun dirimu yang telah terkorban..tak dapat kubalasi akan semua ini..semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu..Ibu, kau ampunilah dosaku..andainya pernah menghiris hatimu..restumu yang amatlah aku harapkan kerana di situ letak syurgaku..tabahnya melayani kenakalan anakmu mengajarku erti kesabaran..kau bagai pelita di kala aku kegelapan, menyuluh jalan kehidupan..Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku..bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku..moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..Kasih sayangmu sungguh bernilai..itulah harta yang engkau berikan.. Ibu..dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

FieZa....04/08/2009 on 01:15 a.m

Monday, August 03, 2009

Ku Ingin Kamu

Demi semua yang aku jalani bersamamu..Ku ingin kau jadi milikku..,ku ingin kau disampingku..,tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta..,dan hanya dirimu yang bisa..,membawa syurga dalam hatiku..,ku ingin engkau menjadi milikku..,aku akan mencintaimu..,menjagamu selama hidupku.., & aku kan berjanji hanya kaulah yang kusayangi..,ku akan setia disini menemani..,di setiap ruang gerak tersimpan di hati kecilku..,bahawa dirimu terindah untukku..Selama ku masih bisa bertahan..,selama ku masih bisa bernafas..selama Tuhan masih mengizinkan.....kuingin selalu menjagamu......
Amin.....=) =P

Monday LuNcH

Hari ni nak lunch apa yea????? Let me think!!......

Hmmm......Actually, aku rasa macam nak makan spaghetti Olio pizza hut, meatballs masala with iced tea....spaghetti olio di letak black pepper banyak2 dalam akunya spaghetti olio....hahaha....barulah sedap ckit rasanya.....tak lupa gak kepada mushroom soup.....terliur rasanya...sesungguhnya aku adalah seorang yang menggemari mushroom soup....omaigod!!!!!

Busy and stress mood!!!!

Today is not the most peaceful day in office...=)...mesti dengar suara-suara my colleague yang mengganggu konsentrasi keja aku.....

Busy.....pastu tambah lagi stress dengan keja....as a result nak update blog sebab aku tak ada mood sangatttt nak wat keja hari ni....so i'm decide for blogging this time....=(

Memang hari yang sungguh stress pada aku hari ni......Fuuuuhhhhhhh, sangat penaaaatttttt :D

Tak larat sangat rasanya......dengan tido tak cukup semalam.....

Fikiran ku tidak tenang.....Tolong!!!!!!!!!

MeNghituNg*HaRi......

Jam kat monitor ni dah jengah 03:03 a.m..masih belum dapat pejamkan mata...hmm..sepi malam ini..entah apa aku isi...malam ni sunyi ja..handphone pun senyap ja malam ni..kul 8 lebih tadi dah diam...tapi mata ni..macam ada kayu yang masih melekat dekat kelopak mata..(..terbayang spongebob tak boleh tdo..)..aku keseorangan kala ini..sunyi menghimpit..dari setiap arah bilik & ruang rumah..habis semua channel astro aku dah bukak..satu apa pun tak melekat di hati..ada gak drama P.Ramlee tengah di mainkan pun tak rasa nak tgk....ermm..disebabkan aku tak boleh tdo..maka..ngadap blog la jawabnya....hmmm..aku tak tau nak share apa..banyak sangat rasa kat hati ni..macam2 rasa ada..letih..penat....amat berat asalnya..untuk memulakan tulisan..tapi aku tahu..bila aku dah mula..segalanya akan meluncur laju..pendek yang aku inginkan..panjang yang aku berikan..hehehe..

Jarang sekali aku merentakkan jari ini waktu selewat pagi begini..hati ini agak tidak keruan dalam 2-3 hari ini..rentetan peristiwa..benar-benar menguji aku..kecewa dengan diri sendiri..meragui kemampuan diri..mempersoal tindakan sendiri..(..menyalahkan diri sendiri..)..ada sahaja yang akal ni cuba meluahkan ketidakpuasannya pada aku tentang peristiwa aku dgn tunang aku sblm ni...hati aku lak sering mengalah..cuba rajuk..tapi..yang sakit..cuma diri sendiri.....aku pasrah......

Letihnya...sorakan emosi aku kini tepat pukul 03:19 a.m...tapi.. aku gigihkan jugak badan ni..

Sebut pasal bab perancangan & persiapan menghitung hari menuju kemuncak syurga cinta kami berdua, hmmm..merancang..setakat ni..semuanya mengikut perancangan..walaupun ada yang terlepas pandang..terlewat..terkurang..yang penting..masih mengikut perancangan..harapan aku..segalanya berjalan lancar untuk hari2 esok dan seterusnya sehingga ke tarikh yg telah di tetapkan...kepala ni..merintih untuk dibebaskan..dari beban kerja yang semakin menggila..kerja..semakin hari..akan sentiasa bertambah.....hari2 aku berdoa semoga aku di beri masa yang panjang untuk berfikir tentang perancangan & persiapan majlis paling bersejarah dalam hidup aku....dengan bebanan keja semakin menggila....aduh!!!!! aku bertambah tension!!!!!!

Ya Allah..bantulah aku..betulkanlah niat aku..tetapkanlah hati aku..kukuhkanlah iman aku..agar keputusan yang aku putuskan..adalah yang terbaik untuk diri aku..masa depan aku..dan membawa manfaat kepada kehidupan aku..

Aku merancang..di dalam perancangan-Mu..aku merancang..dalam sebahagian perancangan-Mu..kerana dalam aku merancang..Engkau juga merancang untukku..dan keputusan yang aku buat..aku berharap di dalam perancangan-Mu..kerana apa yang aku putuskan..semuanya di dalam pengetahuan-Mu..tiada daya aku..melainkan mengharap petunjuk dan redha dari-Mu..
sebaik-baik perancangan aku..sesungguhnya perancangan-Mu adalah yang terbaik untuk aku..aku terima apa sahaja yang bakal Engkau sediakan di depan aku nanti..aku bersedia dengan segala kemungkinan keputusan aku..kerana aku tahu dan yakin..Engkau sentiasa bersama aku..

Amin...

hmmm..

Masih mencari masa..dan melemahkan kekuatan mata ni..yang masih belum mahu mengalah..tadi..dah hampir terlelap..entah kenapa..segar kembali..aii..nak ja paksa..tapi..mesti tak nikmat tido aku ni kalau paksa tdo..hehe..ok lah..aku nak cuba baring jap..kalau ngadap laptop ni…memang sampai ke subuh la aku berjaga..haha..(..dasar pompuan kelawar..)..hehe...

Oklah mak & adik aku berapa kali tegur dah ni...dah lewat pagi tak tido2 lagi....huhu..risau diorg

so..selamat malam..dan selamat pagi!..

Sunday, August 02, 2009

Our 8 Years of LOVE

Tomorrow is Special Day, coz aku nak citakan tentang syurga cintaku dengan si dia.....

Eight (8) years, we went through the ups and the downs together. Bertekak la, bergaduh la, dengan merajuk la, berkasih-sayang, break off la dan bermacam2 lagi. hahaha. Adatlah org bercinta, mesti ada turun naiknya, mana ada nak loving ja sepanjang masa. Tipulah kalu masa couple tu tak penah bergaduh kan!!, mana ada manusia sesempurna itu. kekeke...

But, kitorang selalu gaduh ka apa ka, kejap je pastu dah okayy balik, macam main2 jea gaduhnya, gaduh2 manja gitu, hehehe... Rasa mcm tak best kalu tak cari pasal, rasa macam tak thrill gitu kan!!!.. Masa hati tengah panas, memang lah sumanya kuar, sakit hati dan sebagainya, darah masih muda, macam tu lah perangainya.

Akan tetapi, dalam hati masing2 masih kuat kasih, sayang and cinta kitaorang berdua. Sekarang ni, at our age yang rasanya dah matang and dah mencecah (2009: aku=26, dia=26 gak), we come to realize that kitaorang dah kurang gaduh. hahaha. Rasa macam kekurangan sesuatu lah pulak. kekeke.

Alhamdulillah, OUR 8 years of LOVE relationship (the longest we've been through ever), made us to understand our partner even more, trying our very BEST to make each other happy and smile always, be an ALMOST PERFECT partner to aku/dia.

Hopefully, by 2010(dah tua dah rasanya time tu, warghhhh), we will tie the knot as a legally husband and wife. Weeeeee! Insya Allah, dgn harapan dipermudahkan jalannya untuk kami mendirikan masjid..

Aminnn. =) =) =)

Sundae ChocoLate Mcd.....Yummmyyyy!!!!!!





Hari ni tekak & selera aku tetiba teringin nak makan Sundae Chocolate Mcd...sebab terbayangkan chocolatenya. Yummyyyyy!:P

Memang dah lama aku tak makan sundae ni, rasanya last sekali aku makan masa bulan 4 lepas...tu yang macam nikmat sangattt2 bila terbayang2 bilala agaknya aku dapat menghilangkan rasa MENGIDAM (tp aku tak mengandung ya, masih single lagi....hehehe) nak makan sundae chocolate MCD ni....

p/s : pic sundae chocolate kat atas aku ambil masa last aku makan dengan kakak aku

Saturday, August 01, 2009

WeDDiNg FotograpHer......Done!!!!!!

Sambungan cerita persiapan my wedding ceremony....

Hmmm, petang ni baru lah aku ada masa ckit nak update blog, itupun bila aku ada kat umah la kan!!!....Kalu kat ofis, yang mana sempat aje la....either one of i will update..

YES (big yes, i'm are extremely busy at work last month (JULY) & this month)....STRESSS ssgt...So apa lagi bila dah stress, mula lah kan jiwa & hati ni dah merewang ntah ke mana untuk merelease kan stress.kekeke......

So, after settle kursus kawin baru-baru ni, aku dah mula wat pencarian wedding fotographer plak.....Last-last aku dah jumpa yang berkenan di hati.... so pada 27/07/2009 baru-baru ni aku telah pun membooking & wat confirmation date & masa untuk majlis kemuncak syurga cintaku ni...so pada pukul 09:56pg aku telah pegi ke CIMB Bank Kepala Batas tuk bank in kan duit ke dalam akaun my wedding fotographer....so hari tu habis kopak cash aku semata2 untuk aku booking tarikh tuk majlis yg aku nak dorang attend tuk my wedding ceremony.....Malang tak berbau kan!!! so baiklah aku sediakan payung sebelum hujan...=) kang kalu aku tak cepat2 wat booking & confirmation, semestinya aku akan nangis...iye la fotographer yg aku nak dah fully booking...so kalu menangis air mata darah sekalipun dah tak guna.....Dah alang2 aku dah ada duit lebih, so aku amik keputusan tuk bank in kan duit seperti yang di janjikan iaitu 50% deposit di perlukan untuk confirm tarikh...Oleh kerana "seorang sahabat" telah rekemenkan dia kepada aku, so aku dapatla diskaun dari fotographer tersebut.....All i can say is Alhamdulillah and Thanks God again!!!!!

Overall, bab fotographer tuk majlis kemuncak nanti dah settle...so after this aku kena standby tuk menghabiskan duit gaji & segala macam simpanan yang duk ada lagi tuk wedding card, hantaran dan sebagainya yang di perlukan lagi sempena majlis yang akan berlangsung....so pasni tuk minggu2 & bulan2 seterusnya sebelum tiba masanya aku akan terus menuju ke mana2 shopping kompleks after work tanpa tunang di sisi tuk mencari barang2 hantaran lak....omaigod!!!!!!!!!! bikin aku akan jadi gilerrr bila akan ternampak iklan banner "SALE" sana sini....Hahaha.....

Alhamdulillah.....KurSus-KahWin Juga Dah Settle!!!!!!!





Hari ni 01/08/2009, my wedding ticker menunjukkan cuma tinggal 127 hari ja lagi untuk menghitung hari setelah puas di kira tolak(-), di tambah(+), di bahagi(/) & di darab(x) dengan 3 bln 1/2 ja lagi nak tiba hari bahagia kemuncak cinta cik fiza & cik zaini.....omaigod!!!!!!

Hahaha, cita pasal bab2 persiapan nak kawin ni dah di blogkan ckit oleh aku pada awal pagi tadi kul 12:15pg sblm tdo, so sambungannya petang ni lah baru berkesempatan nak diblogkan, kekeke........Bnyk sangat nak di blog, tu yg mcm tak sempat nak wat entry mcm2...

Last weekend, what me and him did was??????? so, i tell u all, 2 days last week on Saturday & Sunday 25-26th. July, 2009, i went to Megamall Pacific Perai with my fiance.....Alhamdulillah kitaorg dah pegi & selesai kursus kawin di bawah institusi HASANI MANAGEMENT yang di adakan di tempat HUDA MUTIARA ENTERPRISE..... hari pertama kursus bermula dari pukul 10:00pagi - 06.30petang, hari keduanya lak bermula dari pukul 10:00pagi - 05:30petang.. so tercapai sudah hajat kami untuk menghadiri kursus kawin ni yang dalam hati dah lama nak pegi....so sangat teruja & rasa lega....Dah sebulan kot overdue mission ni...sebab masing2 sibuk dengan keja...tambah2 aku la...sapa lagi...hehehe...keja tak ada masa....Yuran kursus kawin kami RM 80.00 seorang..bg aku oklah kan!!!(bhgn aku my fiance yg byrkan...hikhik....Thanks a lot to my beloved fiance!!!).....

Selama 2 hari berkursus memang sangat bersemangat nak dengar.....orang kata kursus kawin ni membosankan!!!! tapi bagi aku tak pun....sebab ustaz2 yang duk berceloteh bagi ceramah tu memang sporting la....tabik spring la aku bagi....lawak....ada gak yang part yang aku rasa membosankan ....tapi ok ja aku rasa...lawak dorang wat aku tergelak pun ada...tapi tak ada la gelak sampai teruk2..... tu dah melampau2 dah namanya...kang org kata tak menghormati majlis lak....

Fuhhhhh, what a tiring dayyy, BUT at the same time for 2 days last weeks, it was definitely a GREAT day for us, coz we can spent time together....=)

p/s : So, pada sesapa yg belum pegi lagi kursus kawin tu, dipersilakan untuk berpusu2 ke HUDA MUTIARA ENTERPRISE untuk berkursus kawin....

Finally, end of this kursus with "SIJIL KURSUS PERKAHWINAN"....hihihi

i'm in the office

Napa hari ni aku kat ofis?????? Dah la hari sabtu plak tu....Sepatutnya hari sabtu memang tak keja pun, tapi aku datang ofis walaupun aku malas sangat nak datang, adalah disebabkan oleh:-

  • Nak kemas2 barang2 aku ckit kat ofis ni
  • Nak shred document2 / kertas2 yang menyemak kat dlm file, kat atas meja, tray filing dan juga di dalam kotak....Hasilnya aku perolehi banyak beg plastik sampah yang mengandungi kertas yang dishred (hasil dari himpunan aku selama 7 tahun 7 bulan..=P)
  • Nak copy suma benda2 penting aku dlm external hard disk, untuk kemudahan aku & sesapa saja yang akan "take over" segala keja aku nanti.....yahoooooo!!!!!!!!!! hahaha (external hard disk ni pun aku tgk cam nk gelong & bengong dah pun slps di isi document oleh tuannya.kekeke....kena beli len la nmpknya di pc fair nnti)
So at the moment i write this entry, aku tgh tunggu masa untuk meng-copy sebanyak boleh benda2 penting untuk kegunaan aku nanti..Benda-benda lain suma aku sudah bereskan!!

Yabedabedu!!!!

Alhamdulillah........Baju-AkaD-niKaH.....settle!!!!!!!!

Eermmm.....rasa macam nak menulis, menaip,...tapi tak tahu la apa nak di tulis...jadi hari ni aku nak share la something tentang previous status kehilangan aku dlm masa 2 minggu sblm ni...

I did mention to all about it was last 2 weeks for month of July (18/07/09), i went to Butik Pengantin (....... ...... ......) yang dah di finalize and confirm by me and fiance sbb dah susah sangat nak cari kat tmpt len kan....dah survey bnyk tmpt and rasanya finally sini je yang paling memuaskan hati.....hehehe..Tapi aku cuma pegi sorang aja la tanpa si dia di sisi...coz tunang aku dah balik Selangor...keja la apa lagi....Tujuan utamanya aku ke sana adalah untuk tempah & confirmation baju yang akan di pakai sempena majlis yang bakal berlangsung pada penghujung bln 11 ni..(InsyaALLAH).....Mula2nya seperti perbincangan dgn tunang aku sblm ni, niat di hati nak pakai baju warna putih bersih sebersih2nya, akan tetapi disebabkan oleh faktor2 yang tak dapat di elakkan, so i've decided to choose off white colour jenis satin (asalkan cantik sudah la kan) untuk baju akad nikah kitaorg nnti....cuma ukuran badan ja belum di ambik lagi...insyaALLAH bln september (09) ni ukuran badan kitaorg akn di ambik....bkn apa...jururunding perkahwinan kitaorg kata takut berat bdn naik ka, turun ka bab tu tak payah ambik lagi...katanya...kang kalu amik ukuran badan awai2, watnya berat badan naik kan dah susah! nak kena fitting len baju tu.. so aku ikut & setuju aja la kan!! janji bagi aku sampai pada masanya nanti baju akad nikah kitaorg siap sempurna suma....

So i can say is Alhamdulillah and Thanks God!!!! leganya rasa bab baju akad nikah dah settle wat tempahan & confirmation warna & fesyen jenis apa untuk diri ku ni....=D

Stay tune dgn entry seterusnya, sesi berkursus kahwin dgn tunang tersayang....

Oklah nak get ready nak tdo sebab rasa mengantuk teramat sangat.....hopefully leh mimpi yang indah2 & leh cool down ckit slps rasa tak puas hati & meluahkan perasaan kepada yang tersayang pasai kes baru2 ni...=) i pity him
Related Posts with Thumbnails